|
Post by Revv on Jun 17, 2007 2:17:14 GMT 7
Panduan memohon penukaran enjin
Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang ditentukan oleh pembuat/pengilang . Ianya menerangkan model,tahun,jenis bahan api dan keupayaan sesebuah enjin.
Jenis-Jenis Permohonan
1. Kategori 1 : Penukaran enjin yang sama model dan keupayaan kapasiti dengan enjin asal.
2. Kategori 2 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan kapasiti tidak melebihi atau tidak kurang 25% dari enjin yang asal.
3. Kategori 3 : Penukaran enjin dari model yang sama dan keupayaan melebihi atau kurang 25% dari keupayaan asal.
4. Kategori 4 : Penukaran enjin dengan menggunakan bahan api berbeza dari yang asal.
5. Kategori 5 : Penukaran enjin dari model yang berlainan dari enjin asal.
Syarat syarat permohonan
Syarat syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin
* Tidak ada pengubahsuaian pada enjin 'Mounting' * Kimpalan pada enjin 'Mounting' tidak dibenarkan. * Propeller Shaft' tidak dibenarkan dipotong atau disambung di mana-mana bahagian. * Tiada keretakan atau karat pada enjin 'Mounting'. * Sistem brek perlu dinaikkan taraf bagi enjin kapasiti melebihi 25% daripada kapasiti enjin asal. * Sistem gantungan (Suspension System) perlu dinaikkan taraf merangkumi 'Spring Stiffness'.
p/s : taken from JPJ website.
|
|
|
Post by Revv on Jun 17, 2007 2:26:45 GMT 7
hmm... rasanya takda masalah if nak convert 1.3 to 1.6 4G61T. mounting rasanya ok just plug and play if nak sumbat dalam satria coz 4G61T nie pun asalnya for keta mirage.. satria pun from mirage.. tapi tak tau la kot2 kena adjust ke tak mounting 1.3 satria tu.. bout price dia, member aku ada offer RM6k siap pasang semua skali wiring.. member aku tu pomen, kaki drag slalu main kat sepang.. dia kata better sumbat 4G61T dari sumbat mivec.. bab nak endorse tu aku tak tau la plaks skrg nie senang lepas ke tak coz goverment dah ngada2 ketatkan undang2 nak banteras keta2 turbo nie.. nak selamat sumbat mivec, sbb tu harga mivec melambung tinggi skrg.. Rm11k tu kalo nak siap semua.. 4G61T nie engine lama, tapi yg bestnya dia leh sumbat barang2 dari 4G63T or Vr4.. tu yg specialnya if nak powerkan lagi 4G61T nie.. pikir masak2 bro... try tanya pomen ko tu dulu samada dia leh lepaskan endorse ke tak engine 4G61T tu.. slalunya pomen2 nie ada org dlm JPJ yg leh tolong lepaskan endorse tu.. so good luck.. =D
|
|
|
Post by eros660T on Jun 20, 2007 13:13:02 GMT 7
owh...very good info....klu ada org dalam lagi senang keje....
|
|
|
Post by whitez on Jun 20, 2007 19:54:12 GMT 7
ermm.. nice info..
|
|
|
Post by Revv on Jun 23, 2007 2:25:12 GMT 7
takda otai2 yg nak tambah ke.. cth cam piston apa leh sumbat ke apa ke.. teringin gak aku nak tau nie... ehehe.. dgr cerita abang dcruz kita penah sumbat 4G67 rite.. best tak engine tu?
|
|
|
Post by maximusmcmlxxv on Jun 27, 2007 17:19:55 GMT 7
Yo brader.... Kalau ko bg aku pilihan samada 4g61 atau 4g92.....aku akan pilih 4g92 Bukan pasal terbo atau na....yg penting engine dia lagi baru....... Kalau tak percaya....cubaler fikirkan.... dan tanyer kawan yg dah convert...jgn tanyer pomen...pasal pomen akan kata semua boleh.... Lagi satu jgn tanyer kengkawan yg baru pakai turbo.....atau yg masih gila nak pakai turbo.....nanti menyesal kemudian....... Bg aku turbo atau na kisah no2...ko bukan sahaja kena fikir install...tapi maintenance....macam kata magik....gearbox macamana? drive shaft macamana? sparepart macamana? semua benda kena fikirkan....bukan fikir kecis kecis.....nak mod turbo...nak pasang aftermarket parts...yg penting maintenance......sanggup ker tak sanggup keluar duit maintenance...... memang betul boleh dapatkan dari 1/2 cut...tapi kalau ronda2 1/2 cut...senang tak nak nampak 4g61......hehehe...kalau mivec...sekurang-kurangnya boleh pakai 4g93 proton punya sparepart....huhuhuh...selamat mencuba........ sekadar pandangan yg tak bernas....
|
|
|
Post by red™ on Jun 28, 2007 7:39:10 GMT 7
susah sangat bikin je laa enjin standard tu ;D pakai waber ke, pergi kat workshop siam tu ke bikin turbo kit hehehehe nanti meter kete ko bole jadi macam bawah nie
|
|
|
Post by eros660T on Jun 28, 2007 14:19:54 GMT 7
mak ai...apa lagi man...tak ingin ke meter ko jadi cam meter tuh?...lazat beb...
|
|
|
Post by whitez on Jun 28, 2007 14:56:27 GMT 7
wow..gilak arr.. 180km/j mmg laju ar tue.. jgn smpi dlm sehari tu ade 2 3 saman dah..hehe ;D
|
|
|
Post by Revv on Jun 28, 2007 22:25:17 GMT 7
guna webber ke? wow... lazat... leh jadi muscle car... hehehe...
1.3 magma leh pegi 170kmh. 1.5 magma leh pegi 185kmh. campro 1.6 leh pegi 195kmh. 4G92 mivec berapa leh pegi? 4G93 GSR berapa leh pegi? 4G61T berapa leh pegi? 4G63T berapa leh pegi?
kalo sesapa tau tu, sila2 la ye britau.. hehe... ;D
|
|
|
Post by maximusmcmlxxv on Jun 29, 2007 11:44:01 GMT 7
Keta japang semua sampai 180kmh ajer...kalau tak pecaya ko race dengan Dcruz...hehehehehe.....
|
|
|
Post by eros660T on Jun 29, 2007 15:30:09 GMT 7
nk info sket...
4G15 tu 1.5 MAGMA ke?
|
|
|
Post by dcruz on Jun 30, 2007 8:30:23 GMT 7
Keta japang semua sampai 180kmh ajer...kalau tak pecaya ko race dengan Dcruz...hehehehehe..... aa'aa...meh le...kite main jalan MMR2 ..hahahaha
|
|
|
Post by eros660T on Jun 30, 2007 19:53:15 GMT 7
Keta japang semua sampai 180kmh ajer...kalau tak pecaya ko race dengan Dcruz...hehehehehe..... aa'aa...meh le...kite main jalan MMR2 ..hahahaha haa...abg Dcruz dah open game...sape nk main?...aku takleh... ;D
|
|
|
Post by red™ on Jul 2, 2007 8:41:05 GMT 7
kete aku pun 180 je ;D
|
|