|
Post by dcruz on Apr 2, 2008 15:58:04 GMT 7
Malaysian Rally Championship (MRC) 2008 29 – 30 Mac 2008 Pusingan Pertama di Negeri Sembilan sudah tertulis bukan rezeki buat mereka. Kereta mengalami kerosakan enjin pada SS6, hanya berbaki dua SS untuk menyempurnakan perlumbaan hari pertama. Sekadar menduduki tempat ke 14 pada SS1 – Elissa mereka bangkit dan terus mengejar untuk kedudukan yang lebih baik. Pada SS2 - Jerneh mereka melonjak sehingga tempat ke 4. Apa yang paling membanggakan mereka berjaya memintas Karamjit Singh The Flying Sikh pada SS4 – Roadside dengan menduduki tempat ke2. Bermulalah episod tragis pada SS5 - Elissa dan SS6 – Jerneh. Enjin seakan-akan “sawan” setelah berjaya memintas The Flying Sikh. Mereka mampu bertahan di tempat ke 5 di kedua-dua SS tersebut sebelum enjin kereta mohon bersara. Perjuangan akan diteruskan di pusingan Pusingan Kedua pada 24 & 25 Mei 2008 di Terengganu. Mereka dijangka akan kembali dengan enjin baru dan semangat baru. Sama-sama kita beri sokongan dan doakan kejayaan mereka. Untuk keputusan penuh sila layari www.malaysianrally.com
|
|