Post by dcruz on Feb 20, 2007 12:50:22 GMT 7
PUSINGAN AKHIR INTERCLUB GOKART CHAMPIONSHIP
Ahad 4 February 2007. berlangsungnya pusingan akhir IGKC 2006 di Litar Speedway PLUS, ELITE Highway.
Pada pusingan ke tujuh atau Final ini menyaksikan 4 pasukan teratas berentap bagi menentukan Juara bagi IGKC musim 2006. Sudah pastinya pasukan Kelab Proton Mania (PMC) selaku Juara bertahan ketika ini di tangga kedua di bawah pasukan Radical Innovation 2 akan berjuang habis untuk mengekalkan kejuaraan mereka. Manakala Pasukan Radical yang hanya mempunyai kelebihan 3 mata harus menamatkan pusingan ini dengan keputusan sebaik mungkin bagi merebut kejuaraan tersebut. Manakala pasukan dari Kelab Pemilik Daihatsu Charade (DCOC) dan juga Kelab Mercedez 190e yang menduduki tempat ketiga dan keempat juga harus diberi perhatian juga. Mereka yang masing masing yang hanya dipisahkan dengan satu mata sahaja juga bertekad untuk membaiki atau mengekalkan kedudukan masing masing.
Namun segala teka-teki pusingan ketujuh terjawab dimana pasukan DCOC telah muncul sebagai Juara pusingan akhir dengan kutipan 19 mata dan seterusnya di nobatkan sebagai Juara Keseluruhan Musim 2006 dengan kelebihan 2 mata dihadapan PMC dan juga 3 mata dihadapan Radical 2.
Pasukan DCOC dan juga Radical 2 yang telah dikenakan penalti, bermula dari petak ke enam dan ketujuh setelah melakukan kesilapan ketika sesi ujian masa telah memberikan kelebihan kepada pasukan PMC bermula dari petak hadapan ketika “SPRINT RACE”. Namun begitu pasukan PMC gagal menyerlah akibat dari masalah teknikal pada jentera mereka. Kesempatan itu telah diambil oleh semua pasukan termasuk Radical 2 yang pada satu ketika telah berjaya memintas sehingga kedudukan pertama sebelum mereka pula ditimpa masalah enjin ketika perlumbaan hanya berbaki 3 pusingan. Pada pusingan Sprint ini Pasukan dari Kelab Monster berjaya menduduki tempat pertama manakala pasukan DCOC dan juga Daihatsu Team Junior ditempat kedua dan ketiga.
Sudah pastinya perlumbaan menjadi lebih menarik apabila 2 pasukan teratas PMC dan juga Radical 2 yang gagal menamatkan perlumbaan dengan kedudukan yang baik terpaksa bermula dari petak belakang seterusnya memberi kelebihan kepada pasukan DCOC yang bermula dari petak kedua ketika Endurance Race. Ketika perlumbaan Endurance dimulakan Pasukan DCOC pula gagal bermula dengan baik telah mengakibatkan pasukan tersebut dipintas oleh Radical 1 dan juga pasukan Monster. Namun dengan keupayaan jentera DCOC, pasukan tersebut berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama sehingga tamat perlumbaan.
Perlumbaan Endurance kali ini menyaksikan juga beberapa perlanggaran dimana pada pusingan ketiga pasukan Monster telah bertembung dengan pasukan Mercedez pada selekoh pertama ketika masing masing cuba memintas dan juga mempertahankan kedudukan masing-masing. Dan juga pada minit ke 25 menyaksikan sekali lagi pemandu ketiga pasukan Mercedez gagal mengawal jentera mereka sehingga melanggar tembok pit pada selekoh terakhir. Akibat pelanggaran tersebut jentera pasukan Mercedez mengalami kerosakan teruk dan terpaksa melepaskan hasrat mereka bagi mengekalkan kedudukan keseluruhan pada musim ini. Pasukan Mercedez 190e merupakan pasukan pertama yang berjaya mengutip dua kali markah penuh sepanjang musim 2006 dan diikuti pula pasukan Radical 1.
“ Kami amat berpuas hati dengan keputusan pada pusingan ketujuh ini. Semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang kami rancangkan. Kami rasa bertuah juga semua jentera yang kami gunakan untuk kedua dua perlumbaan ini tidak memberi sebarang masalah.” Ujar Amri selaku ketua pasukan DCOC. Pasukan DCOC juga dianggotai oleh Nazri Ng dan juga Jamizan akan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik pada musim hadapan.
Manakala Ketua Pasukan PMC, Nik Ammar mengakui jika tidak disebabkan masalah jentera yang dialami sepanjang 3 pusingan terakhir sudah pasti kami boleh mengekalkan kedudukan terbaik kami. Nasib tidak menyebelahi kami kali ini. Ujar beliau.
Bagi ketegori G2 pula di juarai oleh Pasukan Radical Jr, manakala Pasukan dari Kelab Dainese dan juga Pasukan Elite Highway menduduki tempat kedua dan ketiga keseluruhan.
Pada pusingan akhir ini sebanyak 8 dari 14 pasukan kategori G1 dan juga 8 pasukan dari kategori G2 telah mempamerkan skill yang lebih baik bagi merebut kedudukan terbaik mereka.
Perlumbaan GoKart antara Kelab Kelab (IGKC) telah pun memasuki tahun ketiga pada tahun ini. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu Kategori G1 menggunakan Go kart yang lebih berkuasa berbanding Kategori G2.
Bagi Perlumbaan ini setiap pasukan harus diwakili oleh 3 pemandu (amatur yang tidak memegang lesen perlumbaan gokart) dimana mereka perlu membuat perancangan teliti bagi 2 perlumbaan utama Sprint dan juga Endurance. Apa yang menarik pada perlumbaan ini adalah, ianya melatih setiap pasukan mengatur strategi dan bukan hanya sekadar berlumba. Setiap pasukan harus berkerjasama bagi mencapai keputusan yang terbaik. Ujar Syazril Amri selaku pemilik dan penganjur kejohanan ini. Kami juga menjemput kepada semua kelab-kelab kereta di Lembah Kelang ataupun Kelab Sukan badan badan Korporat yang berminat dalam sukan bermotor (Go Kart) menyertai dan juga dapat memeriahkan lagi kejohanan ini. Kepada kelab-kelab ataupun pasukan baru yang berminat bolehlah menghubungi 017 3337555 untuk mendapatkan maklumat terperinci perlumbaan.
article by Amri aka Speedster