|
Post by dcruz on May 15, 2008 17:38:41 GMT 7
Round 2 Perlis 24 - 25th May 2008 Perlis is the country's northernmost state, bordering the Satun and Songkhla provinces of southern Thailand and Kedah in Malaysia. The capital of Perlis is Kangar and the royal capital is Arau. Another important town is Padang Besar, at the Malaysian-Thailand border. The main port is the small village of Kuala Perlis, linking mostly to Langkawi Island. Perlis has a snake farm and Gua Kelam as tourist attractions, as well as the small yet beautiful Perlis State Park. Getting there... It is easily accessible from the North-South Expressway via the Alor Setar-Jitra or the Changlun interchange. If you are travelling by air, you can disembark at the Alor Setar airport and enjoy a short drive by taxi to Kangar. Leg 1 ITINERARYSaturday, 24th May 2008 SS Location SS Dist. SS 1 Kilang Gula 12.97 km SS 2 Kg. Baru 11.99 km SS 3 Padang Keramat 14.83 km SS 4 Air Timbul 15.08 km SS 5 Kilang Gula 12.97 km SS 6 Kg. Baru 11.99 km Leg 2 ITINERARYSunday, 25th May 2008 SS Location SS Dist. SS 7 Padang Keramat 14.83 km SS 8 Air Timbul 15.08 km SS 9 Kilang Gula 12.97 km SS 10 Kg. Baru 11.99 km SS 11 Padang Keramat 14.83 km SS 12 Air Timbul 15.08 km
|
|
|
Post by dcruz on May 26, 2008 5:04:52 GMT 7
We proudly to announce that the SMS Motorsport Rally team achieve first place for the 1.6cc category and came 3rd in overall result. With Asian world champions competing, the Malaysian Rally Championships (MRC), in Felda lived up to its reputation as the most prestigious rally event in Malaysia.After days of practice, qualifying, heat races and the finals, Sutan Mustaffa Salihin produced a first place for the 1.6cc category finish against some of the toughest competition he has ever faced in the 1.6cc class. Sutan Mustaffa Salihin’s next race will be start in Round 3 Pahang on 28 - 29th June 2008. He will be teamed with the co-driver,Ahmad Nadzrie Ahmad Shuhaimi Round 2 Overall Provisional Results Pos Driver/Co-Driver Total Time 1 KARAMJIT SINGH JAGDEV SINGH 02:06:37 2 GUNASEELAN RAJOO JAYASELAN RAJOO 02:15:17 3 SUTAN MUSTAFFA SALIHIN AHMAD NADZRIE SHUHAIMI 02:18:17 4 ARIOKIASAMY RATNAM KELVIN LOI 02:24:06 5 JASBIR SINGH RANDHAWA MUSA SHERIFF 02:28:18 check out the pictures at this links www.malaysianrally.com/2008/photogallery/rd2_leg2/finish.aspwww.malaysianrally.com/2008/photogallery/rd2_leg1/index.aspwww.malaysianrally.com/2008/photogallery/rd2_leg1/index2.aspwww.malaysianrally.com/2008/photogallery/rd2_leg1/start.asp
|
|
|
Post by Brutalmum on May 28, 2008 13:54:26 GMT 7
Malaysian Rally Championship (MRC) 2008 – ROUND 2 24 – 25 May 2008
Pusingan kedua di Perlis telah membuahkan hasil. Masih lagi mengekalkan gandingan mantap lagi serasi iaitu Sutan Mustaffa Salihin sebagai pemandu dan Ahmad Nadzrie Ahmad Shuhami sebagai pemandu arah (navigator). Pemanduan yang konsisten serta menakjubkan di sepanjang 2 hari perlumbaan dan dibantu oleh navigator yang amat komited membolehkan mereka terus unggul menduduki tempat pertama dalam kelas P10 (1400cc ke 1600cc) dan tempat ketiga di dalam kelas keseluruhan. Ini sekaligus menebus kekecewaan pada pusingan pertama yang lalu di mana mereka gagal menamatkan perlumbaan kerana kerosakan enjin.
Dengan izin Allah, perlumbaan hari pertama dan kedua berjalan dengan agak lancar. Mereka menduduki tempat pertama pada SS1 – Kilang Gula manakala Karamjit Singh di tempat ke 3. Perjuangan penuh cabaran merentasi kesemua SS dalam keadaan cuaca panas terik dan berdebu. Pada SS 3 – Padang Keramat, Sutan mula mengalami sesak nafas kerana debu berserta kekejangan kaki dan lebih teruk lagi kehilangan kosentrasi. Namun demi untuk tidak mengecewakan pihak penaja, service crew, penyokong dan juga peminat, dia menggagahkan diri untuk melengkapkan perlumbaan ke SS4. Setibanya di service park bantuan rawatan kecemasan diberikan oleh pengurus pasukan dan rakan-rakan dari pasukan lain yang begitu prihatin dan bersemangat setia kawan.
Dugaan masih menjengah pada hari kedua perlumbaan di SS8 – Air Timbul. Kereta mengalami kerosakan pada sistem ekzos dan sistem brek. Ini adalah kerana SS di Chuping, Perlis ini adalah sangat pantas dan memerlukan kereta membrek dengan kuat. Namun, berbekalkan kepakaran dan kerjasama para service crew Yard Speedworks, Race dan Sg. Pinang Auto, kerosakan dapat dibaiki dalam masa yang kurang dari 15 minit. Debaran semakin kencang kerana masih berbaki 4 SS untuk menamatkan perlumbaan. Doa yang tidak putus dipanjatkan pada Yang Maha Esa agar dijauhkan dari sebarang kesulitan. Alhamdulillah, segalanya terus lancar sehingga tamat perlumbaan.
Mari kita lihat keputusan keseluruhan perlumbaan tempat pertama hingga ketiga:-
KARAMJIT SINGH – Mitsubishi Lancer – Evo 8 (P12 – over 2000cc) Total time 02:06:37
GUNASEELAN RAJOO – Proton Putra Turbo 4WD, Evo 3 engine (P12 – over 2000cc) Total time 02:15:17
SUTAN MUSTAFFA SALIHIN – Proton Satria (P10 – 1600cc) Total time 02:18:17
Perbezaan masa Sutan hanya 12 minit di belakang juara hanya dan antara naib juara pula hanya 3 minit!! Lihat pula perbezaan kekuatan enjin mereka. Tetapi, kejayaan Sutan mengalahkan Karamjit & Guna seawal SS1 menjadikan mereka takut dengan cabaran yang diberikan. Apa yang anda fikirkan? Berbekalkan enjin sekadar biasa tetapi kemahiran pemanduan yang luarbiasa sudah memadai untuk menggugat juara yang sedia ada. Andaikata Sutan diberi peluang memandu kereta yang mempunyai enjin setaraf dengan kekuatan enjin kereta mereka…. apa yang bakal terjadi? “Sutan” inikah yang akan bertakhta di tempat pertama? Lu fikirlah sendiri!!!!!
p/s: Presiden Radical Society….. tak bercita-cita ke nak buat pengorbanan… kereta encik President tu Evo kan?? hehehehehe
|
|
|
Post by dcruz on May 31, 2008 6:42:08 GMT 7
tahniah !!!pada semua anggota SMS Motorsport especially kat Sutan, the driver dan ahmad nadzrie, the co- driver.
nampak macam brutalmum pun turut serta meraikan kejayaan kat podium....macamna boleh terselit nie...respect tul..travel jauh2 gi Perlis...hehehehe
anyway jawapan p/s tu: Cita2 tu ada..tapi nak korbankan Evo pun dah tak bley..sebabnye...dah jual....ehehehehhe
|
|
|
Post by Brutalmum on Jun 2, 2008 15:11:54 GMT 7
Camner aku boleh terselit kat situ?? Dah nama pun Team Manager.... takkan nak duduk dalam bonet pulak. Apa yg paling penting masa tu aku pakai t-shirt RADICAL. Kat bumper kereta depan dan belakang ada sticker RADICAL... 1 Malaysia boleh baca. ;D
|
|
|
Post by Gee Dean on Jun 3, 2008 0:30:57 GMT 7
Brutalmum..ko tak nak jadi team manager utk aku ka? Aku pun main rally gak skang ni....kesian aku bergambar berdua ngan co-pilot aku ja....tak da team manager pun...nasib baik champion podium. ;D sorry ye aku menyibuk dalam tread ko ni.. saja aku nak promote 4x4 rally lak.
|
|
|
Post by whitez on Jun 4, 2008 23:30:12 GMT 7
wah! boleh tahan laa team radical rally nie... ermm..satria rally radical ni pki engine satria kew..?? boleh tahan laju...1.6cc jew... beza xbyk ngan naib juara.... syabass!!
|
|
|
Post by dcruz on Jun 9, 2008 9:24:49 GMT 7
la ...gee dean, triton ko buat street style..mana le nak masuk hutan....
nanti masuk hutan tak lepas lumpur plak....
mana gambar triton baru?..kata dah tukar macam2....
|
|