|
Post by Akµmi on Nov 12, 2006 2:12:41 GMT 7
dipetik dari berita harian 18 October 2006
Myvi menang anugerah Asean
PERODUA Myvi, model keenam dan paling berjaya Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), memenangi Anugerah Tahunan Kereta Asean 2005/2006 bagi kategori ‘Supermini’.
Dalam satu kenyataan semalam, Perodua berkata, anugerah itu diberikan kepada model yang dipasang dalam negeri dan yang diimport sepenuhnya (CBU).
Anugerah itu disampaikan kepada Pengarah Urusan Perodua, Hafiz Syed Abu Bakar oleh Pengarah Urusan MTM Publications Sdn Bhd, Kate Stearman Smith di ibu pejabat Perodua di Rawang, Selangor, semalam.
Kate berkata, pemilihan pemenang bagi anugerah itu berdasarkan gaya, keselamatan, kualiti binaan, penyelenggaraan dan prestasi kenderaan itu.
“Penilaian itu turut mengambil kira model yang dipasang di Malaysia begitu juga model CBU,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Sementara itu, Hafiz berkata, Perodua berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan terhadap kenderaan yang diperkenalkan syarikat itu dan menganggap ia adalah hasil sokongan rakyat di negara ini.
“Kami juga berterima kasih terhadap maklum balas orang ramai dan juga kejayaan kami mencatatkan pendaftaran Myvi ke-100,000 unit sehingga kini,” katanya.
Pada majlis berasingan semalam, Perodua Manufacturing Sdn Bhd merekodkan pengeluaran unit ke-100,000 Myvi selepas 17 bulan model itu diperkenalkan.
Perodua turut mempertingkatkan kapasiti pengeluaran bagi menampung permintaan dan mengurangkan tempoh menunggu.
|
|
|
Post by whitez on Nov 13, 2006 17:16:35 GMT 7
[glow=red,2,300]TAHNIAH!![/glow]
|
|
|
Post by mryamada6 on Nov 17, 2006 21:18:47 GMT 7
rajin nye ko bace surat kaba rep.. bace buku malas.. kekeke..
|
|