Post by Gee Dean on Nov 21, 2005 13:32:31 GMT 7
To Radical Members,
Jemputan open house oleh PERNIM - Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Malaysia (PERNIM), Ampang.
Pada: 26/11/05 (Sabtu)
Tempat : Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Malaysia (PERNIM)
No. 20, Jalan Melur 8,
Taman Melur,
68000 Ampang,
Selangor, Malaysia.
Tel/Fax: 03-4292 2208
Kelab2 kereta yg lain juga turut serta dalam program ini.
Ahli2 Radical berkumpul di APC pada pukul [glow=red,2,300]1 pm.[/glow]
Kita akan menuju ke Projet Ulu Klang (mcdonalds)
untuk menyertai konvoi bersama kelab-kelab kereta yang lain.
Sila confirm kehadiran sebelum hari khamis (24/11/05)
Aktiviti:
Makan dan meraikan bersama anak2 yatim.Tiada bayaran dikenakan cuma sumbangan ikhlas dari anda sahaja.
Pergenalan PERNIM
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN, MALAYSIA (PERNIM)
Peningkatan jumlah kes-kes anak-anak yang dilahirkan yang mendapat penyakit HIV/AIDS sejak akhir-akhir ini amat merungsingkan dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Menurut perangkaan daripada (e.g JKM) bilangan ini semakin meningkat dari tahun ke tahun dan dijangka bilangan ini akan terus bertambah. Amat malang sekali kerana kebanyakan anak-anak HIV/AIDS ini masih belum boleh diterima oleh kaum keluarga dan masyarakat sekeliling. Stigma masyarakat yang sedemikian amat menyedihkan kerana ada dikalangan mereka stelah dilahirkan terus ditinggalkan di hospital atau dibiarkan tidak terurus dengan sewajarnya.
Pada 21 Mac 2004 PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN, MALAYSIA (PERNIM) telah diwujudkan supaya kebajikan anak-anak ini dapat diuruskan dengan lebih sebaik mungkin dan mereka diberikan perlindungan yang sewajarnya.
Persatuan ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta membantu kerajaan negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara pembawa HIV positif.
Penubuhan Pernim diharap dapat memperbetulkan persepsi dan sikap prejudis masyarakat terhadap mereka yang menghidap HIV, kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa juga.
Pernim antara lain bertujuan memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS positif terutama daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia, memberikan perlindungan, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.
Penubuhan Pernim dicetuskan atas dasar kesedaran dan keinsafan terhadap anak-anak mangsa HIV yang tidak berdosa akibat perbuatan silam ibu dan bapa kandung mereka. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan daripada masyarakat.
Misi & Visi
Menolong anak-anak pesakit HIV/AIDS dari segi emosi, pelajaran, kerohanian, kasih sayang, moral, kesihatan, berdikari, mempunyai jati diri dan berjaya di masa hadapan.
Memastikan anak-anak pesakit HIV/AIDS tidak terabai walaupun mereka kehilangan ibu bapa kandung.
Matlamat
* Untuk memberi perlindungan kepada anak-anak pesakit HIV/AIDS positif terutama daripada ibubapa yang telah meninggal dunia kerana HIV/AIDS.
* Memberi perlindungan dengan menyediakan tempat tinggal secara secara berpusat atau bersepadu.
* Menguruskan dan memperuntukkan rawatan secara berterusan kepada semua kanak-kanak oleh doktor yang dilantik serta rawatan terus ke hospital-hospital kerajaan.
* Memberi kemudahan pendidikan asas.
* Memberi penerapan nilai-nilai murni dan keagamaan kepada kanak-kanak pesakit HIV/AIDS positif.
* Mengadakan kaunseling dan motivasi kepada kanak-kanak pesakit HIV/AIDS positif.
* Membimbing kanak-kanak terlibat ke arah kehidupan cemerlang dan berdikari.
* Memberi kesedaran kapada masyarakat supaya tidak menganggap pesakit HIV/AIDS sebagai suatu yang menakutkan supaya mereka sanggup menerima anak-anak ini di dalam masyarakat.
Renungan:
Keinsafan Pendorong Puan Norlina Hj Alawi
Memelihara dan mendidik anak bukan satu perkara yang mudah terutama anak-anak yang bermasalah, tetapi bagaimana perasaan anda sekiranya anak yang dipelihara bukan anak kandung dan berpenyakit kronik pula?
Mungkin ada yang tidak percaya ada wanita yang sanggup bebuat demikian, ibarat pepatah, tiada beban batu pula hendak digalas. Atas nama keinsafan dan naluri keibuan yang menebal dalam diri Norlina Alwi, 31 sanggup berkorban memelihara 4 orang anak angkat dari pesakit HIV dan seorang darinya telah disahkan HIV positif.
Di sebalik masyarakat yang masih memandang hina kepada pesakit AIDS, Norlina muncul di antara satu (1) dalam berjuta, gerak rasa yang mungkin tidak dimiliki oleh ibu-ibu lain di dunia ini.
Seperti kata Norlina, menyalahkan anak-anak tersebut bukanlah satu keputusan yang bijak malah ia dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan kerana apa yang berlaku sudah takdir tuhan.
Pengorbanan Norlina wajar dijadikan contoh oleh insan lain khususnya kaum keluarga pesakit HIV positif yang terus lepas tangan, pada hal mereka harus memikul tanggungjawab mengambil alih peranan memelihara anak-anak tersebut.