Post by takumi on Jul 15, 2005 8:31:32 GMT 7
SELEPAS kejayaan menganjurkan Cabaran Go-Kart PanGlobal Alex Yoong F1 Driver Search pada tahun lepas, PanGlobal Insurance Bhd. sekali lagi akan menganjurkan perlumbaan itu pada musim keduanya bermula 27 Mac ini.
Perlumbaan yang dijadualkan berlangsung dalam 10 pusingan akan memulakan saingan pertama di Litar KartQuest, Extreme Park, Subang pada Ahad ini dengan dijangka lebih ramai lagi pemandu baru akan menyertainya.
Penagarah kejohanan itu, Nickson Choo berkata, selepas kejayaan lalu kejohanan ini akan memulakan musim baru dengan mengharapkan lebih banyak pemandu go-kart yang baru dapat menyertai kejohanan itu yang dijadualkan sebanyak 10 pusingan termasuk pusingan akhir sehingga bulan November tahun ini.
"Selain itu kami mengharapkan juga lebih ramai pemandu go-kart yang muda dan dari kawasan-kawasan lain seperti Pulau Pinang, Ipoh, Sepang dan Kuala Terengganu apabila pusingan ini berkunjung ke sana," kata Choo.
Menurut Choo lagi, pusingan di luar dari Lembah Klang mendapat kerja sama dengan Karnival Trek Proton Malaysia.
Selain dari litar-litar sementara yang dibina di luar Dari Lembah Klang, perlumbaan itu juga akan ke Litar Trek Kart Sepang Antarabangsa.
Pusingan pertama dan kedua akan diadakan di gelanggang tradisi di litar KartQuest Sunway Lagoon Extreme Park pada 27 Mac dan 17 April, perlumbaan itu kemudian akan berpindah ke Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 13 Mei.
Dari Kuala Terengganu, pusingan keempat akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang Trek Kart yang mendapat kerjasama Karnival Trek Proton dan GT Jepun.
Pusingan kelima dijadualkan pada 17 Julai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang kemudian saing go-kart akan ke Stadium Indra, Ipoh untuk meneruskan perlumbaan pusingan keenam pada 7 Ogos.
Kemudian perlumbaan itu akan kembali ke litar KartQuest Sunway Lagoon Extreme Park dan Litar Antarabangsa Sepang Trek Kart semula untuk pusingan ketujuh hingga ke-10 sebelum perlumbaan akhir yang belum ditentukan tempatnya.
Bekas pelumba Formula Satu negara, Alex Yoong berkata, menerusi perlumbaan yang diadakan diseluruh negara itu nanti, dia berharap ramai bakat-bakat baru dalam sukan permotoran dapat diketengah dan akan diberi peluang untuk memandu uji kereta Formula BMW.
Selain yang berminat untuk menyertai perlumbaan itu, yuran penyertaan untuk setiap peserta adalah RM100 bagi satu pusingan dan borang penyertaan boleh didapatkan di pejabat PanGlobal seluruh negara atau menerusi laman web www.pgi.com.my.