|
Post by pocketrocket on Oct 14, 2006 2:30:11 GMT 7
Sayang Bini? Eh sayang ahh, siapa tak sayang.
Okay, kisahnya begini.
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,
di atas katil, sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk
tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....
Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila
kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar,menggenggam tangan
isterinya, pas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si
isteri bersuara lagi, "Kemudian tu, abang selalu cium saya." Si suami
dengan rasa ngantuknya menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.
Pas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara
lagi, "Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya. " Dengan
perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari
katil tu. Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?" Dengan marah
suaminya menjawab, "Nak gi amik gigi la"
He he he he he
Siapa tak sayang bini kan, kan, kan.
|
|