|
Post by Brutalmum on Jul 7, 2006 14:05:23 GMT 7
***Puisi Suami Yg Minta Izin Poligami***
Isteriku... jika engkau bumi, akulah matahari. Aku akan menyinari mu Kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku. Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang. Aku pasti akan tetap menyinari bumi, Hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Allah mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku. Lalu..... Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain... ;D
***Balasan Puisi Sang Isteri***
Suamiku... andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya, aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
Dan... akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu
AKAN TETAPIā¦ Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu... MATAHARI atau lilin ? atau jangan-jangan cuma mancis sahaja!! [glow=red,2,300] so please lah...!!! ;D[/glow]
|
|
|
Post by dcruz on Jul 7, 2006 16:17:15 GMT 7
bukan mancis atau matahari tapi sport lite Rally PIAA je
|
|
|
Post by butterfly on Jul 12, 2006 16:47:32 GMT 7
hmmmm aku suka puisi ko brutalman...
|
|
|
Post by Brutalmum on Jul 13, 2006 15:39:52 GMT 7
Kalau kau suka, aku pun suka...!!!!! p/s: Aku nak beli lilin aromatherapy. Nak cari yang besar, panjang, tahan lama dan wangi. ;D
|
|
|
Post by dcruz on Jul 13, 2006 21:58:32 GMT 7
lilin buat apa...tak tahan lama nanti padam touch lite maglite lagi bagus ...terang benderang
|
|
|
Post by Brutalmum on Jul 14, 2006 14:46:10 GMT 7
Bukan lilin biasa tapi lilin AROMATHERAPY. Baunya wangi dan menenangkan.
Biarlah bertemankan cahaya lilin yang suram. Tidak menarik tapi setia menemani dan menerangi.... daripada bertemankan bunga api yang terang benderang dan cantik tapi keindahan cahaya yg menyinari hanya seketika.
|
|
|
Post by maximusmcmlxxv on Aug 4, 2006 12:41:54 GMT 7
Aku baca puisi tu....ada betulnya dan aku sokong nasihat yang diberikan oleh Kak Brutalmum....
tapi bila aku baca tang lilin aroma therapy...rasa macam sekarang punya busuk gilerrr dan tak sama saiz dengan abang negro hitam kilat punya.....(Culah betul bahasa nieee...hehehe)
tapi bila aku baca pasal maglite...aku rasa baik ko jangan bermain dengan api wahai En. Dcruz kawan seperjuangan....hehehe
korang nie ada conflik rumah tangga ker??? Aku baca lain macam ajer......aduh.....jikalau perlukan nasihat bolehlah berhubung terus dengan Abang Twin Carb....dia pengalaman lebih....mana tau dia boleh alter mana yang patut.....hehehehehe
|
|
|
Post by Dori-Kin on Aug 6, 2006 15:36:59 GMT 7
geleng kepada dori2 bila baca puisi brutalmum
|
|
|
Post by whitez on Aug 14, 2006 9:18:00 GMT 7
ooooooooo......
|
|
|
Post by Dori-Kin on Aug 19, 2006 0:35:21 GMT 7
brutalmum suka bertemankan lilin je ker
|
|
|
Post by maximusmcmlxxv on Aug 21, 2006 9:52:29 GMT 7
En Dori-Kin....jangan bermain dengan api......
|
|
|
Post by maximusmcmlxxv on Aug 21, 2006 9:59:15 GMT 7
Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
To : Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa 24300, Kemaman Terengganu.
31 Ogos 2006 Ref No: IGH/12/8/2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya inginmelengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan kedatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon, Suami bin Lelaki
|
|
|
Post by dcruz on Aug 23, 2006 14:14:06 GMT 7
maximus, simpan surat ni untuk masa depan nanti...abang test dah guna surat ni
|
|
|
Post by butterfly on Aug 24, 2006 16:39:10 GMT 7
jgn dia guna surat ni tuk kali kedua sudah..................harus aku bakar dia idup2!!!!!!
|
|
|
Post by maximusmcmlxxv on Aug 30, 2006 11:50:01 GMT 7
Abang Dcruz tak nak simpan sama ker? ahaks........hehehehe Abang test ada surat lagi best dari ini siap dengan pantun mukadimah dan sajak senandung malam..........tak caya tanyer ler dia....heheheheheheh.....huhuhuhuh....hahahaha....
|
|