Post by butterfly on Apr 5, 2006 14:30:55 GMT 7
Agak kelakar gak ...
Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan
yang besar terhadap mana-mana syarikat.
Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan
yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik.
Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu
dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan
restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang
membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"
"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding
ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka
merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu
terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami
mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan
menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun
mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila
masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang.
Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan
tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa
ada seutas benang di zip seluar kamu?"
"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua
orang perasan benang ni."
"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa
semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu
membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan
masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu
awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam seluar?"
"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan
sudu di dalam poket saya tadi."