|
Post by eros660T on Jul 9, 2007 22:21:22 GMT 7
owh...barular aku tau...minyak masak bole?...(abislar...aku dah mengarut...)
|
|
|
Post by castelo on Aug 11, 2007 8:04:13 GMT 7
kalu aku,, pakai minyak power up xtrem.....15-50.... memang best giler minyak tu....dah lah murah, perfumens enjin pon ap.....fuel pon jimat .......dpt bulb PLC 12 volt free... RM 32.00, 1 gelen 3 liter..........minyak nie di reka khas utk kereta kompek....tak caya...."PERCAYALAH"
|
|
|
Post by KataK Turbo ™ on Oct 4, 2007 16:36:42 GMT 7
tapi beta tak berape percayer lagi la..knp utk k-car je..hurm..kete kecik mmg la minyak tak kuat! hahahahha tetambah 660 mcm akuh neh
|
|
|
Post by Revv on Dec 8, 2007 2:23:41 GMT 7
Biasanya ada tertera kod 10W30,15W40 atau 20W50 pada botol minyak hitam yang kita beli. Sebagai contoh 10W30 : 10W bermaksud minyak tersebut boleh tahan pada suhu -10 darjah celcius dan ini biasanya penting untuk negara 4 musim, maka di Malaysia ini tidak menjadi masalah. 30 pula menunjukkan kelikatan/kepekatan minyak tersebut. Dalam contoh yang diberikan 30-cair, 40- sederhana dan 50-pekat.
|
|
|
Post by mryamada6 on Dec 8, 2007 2:45:29 GMT 7
15w40 tu mcm minyak itam kapal ar plak,... hehe..
|
|
|
Post by Revv on Dec 8, 2007 9:42:08 GMT 7
Pengenalan Minyak Pelincir
Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.
Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.
Mengenali API dan SAE
'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.
Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.
Gred Minyak Pelincir
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.
Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.
Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.
Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.
Ciri minyak pelincir yang baik adalah ia mudah mengalir, kurang meninggalkan deposit dan kekotoran, tidak membeku, tidak berkeladak dan mampu mengekalkan kadar likat pada suhu yang tinggi. Jika minyak terlampau pekat, enjin akan mudah mengalami kehausan pada bahagian yang bergerak, ini disebabkan minyak yang pekat akan bergerak dengan perlahan untuk melalui alur minyak untuk sampai ke bahagian pelinciran. Jika terlampau cair pula, minyak akan mudah beralih dari bahagian yang sepatutnya dan ini akan menyebabkan beberapa bahagian enjin menjadi cepat haus.
* Artikel ini pernah tersiar dalam Majalah OTOMANIA keluaran OKTOBER 2001 (Bil 15)
|
|
|
Post by ^BowLing^ on Dec 8, 2007 16:34:17 GMT 7
oww...soo kod minyak terbaek aper man??
|
|
|
Post by Revv on Dec 8, 2007 20:52:55 GMT 7
utk kereta compact di rekemankan 10W/30.. kereta besar 4 piston cam aku nie aku guna 10W/40. sebelum nie aku guna 15W/50.. likat sangat.. biler likat sangat, engine ko kena kerja kuat sket tolak piston coz minyak itam ko likat.. if guna yg tak likat sangat, cam aku skrg guna 10W/40, engine tak kerja sekuat guna 15W/50 coz 40 nie kurang likat dari 50. jadi akan save fuel consumption..
tapi ingat, jgn guna yg cair sangat coz kalo cair sangat, nanti geseran piston ko tak berapa bagus.. nanti akan merosakkan piston head ko....
macam kereta aku, setelah aku servey semua forum and website 10W/40 paling bagus.. FC cantik, engine smooth...
kereta compact plak cam kancil paling baik guna 10W/30. kalo likat sangat cam guna 40 or 50, engine ko kurang smooth coz piston ko kena tolak kuat sket and akan guna minyak banyak..
lain plak kalo guna engine turbo... kena guna minyak lagi likat dari engine standard... ;D
|
|
|
Post by Revv on Dec 8, 2007 20:54:44 GMT 7
and satu lagi, nombor dpn sebelum huruf W tu boleh diabaikan.. tu penting hanya di negara2 yg ada musim sejuk and salji.. negara kita mostly beriklim panas takda sejuk2... so nombor belakang selepas palang (/) adalah lebih penting di negara kita... ;D
|
|
|
Post by eros660T on Dec 8, 2007 21:21:25 GMT 7
hohohohoh...sib baek btul minyak itam yang aku gunakan nie...
|
|
|
Post by ^BowLing^ on Dec 9, 2007 20:36:08 GMT 7
tq aiman...huhuhuu...nie nak kener sapu minyak ENEOS nie...huhuhuuh
|
|
|
Post by Revv on Dec 11, 2007 10:47:20 GMT 7
skrg yg jadi masalah bagi aku jenis minyak itam nie.. abit confuse mana satu yg bagus. ada 3 type iaitu mineral base, semi synthetic base and fully synthetic base.. fully synthetic mmg paling bagus tapi price dia atas RM150++. lagi2 engine kita nie old technology using karburator.. so aku rasa tak sesuai guna fully synthetic... so our choice between mineral base or semi synthetic base.. korang guna jenis mana satu?
rasa cam nak try gak eneos.. made in japan.. kita nie kan support barang2 japan... lagi2 keta2 kita nie asal usulnya datang dari japan technology.. ;D
|
|
|
Post by ::ScreammeR:: on Dec 11, 2007 11:09:13 GMT 7
sesuatu info yang berguna jgk nie..thax..
|
|
|
Post by whitez on Dec 11, 2007 20:34:29 GMT 7
skrg yg jadi masalah bagi aku jenis minyak itam nie.. abit confuse mana satu yg bagus. ada 3 type iaitu mineral base, semi synthetic base and fully synthetic base.. fully synthetic mmg paling bagus tapi price dia atas RM150++. lagi2 engine kita nie old technology using karburator.. so aku rasa tak sesuai guna fully synthetic... so our choice between mineral base or semi synthetic base.. korang guna jenis mana satu? rasa cam nak try gak eneos.. made in japan.. kita nie kan support barang2 japan... lagi2 keta2 kita nie asal usulnya datang dari japan technology.. ;D man, ko jgn gune eneos punyer bahayalaa... sbb nanti ko xleh diri betul2... nnt ko asik turun naik, turun naik... mcm piston...
|
|
|
Post by Revv on Dec 12, 2007 20:05:23 GMT 7
hahahaha... tu iklan eneos yer azad... kekeke... ;D
|
|