Post by ^BowLing^ on Apr 15, 2007 19:18:42 GMT 7
Pelincir memiliki fungsi utama sebagai pencegah suhu melampau dan menghindari kerosakan pada permukaan bahan. Begitu juga penggunaannya pada enjin kenderaan, hal ini terjadi kerana di dalam enjin terdapat banyak pergeseran di antara bahagian mekanikal. Kegunaan menyeluruh pelincir pada enjin kenderaan ialah:
i) Mengurangi daya geseran dan kerosakan pada bahagian mekanikal bagi menghasilkan enjin yang cekap dan memanjangkan jangka hayat enjin.
ii) Mengurangi suhu enjin supaya enjin tidak mengalami suhu melampau
iii) Mengurangi kemungkinan berlakunya pengaratan dan kerosakan pada bahagian mekanikal enjin.
iv) Menyumbangkan penjimatan tenaga dan pembakaran yang bersih.
Singkatan-singkatan yang terdapat pada bekas minyak pelincir:-
SAE adalah singkatan kepada Society of Automotive Engineers - Persatuan yang dianggotai oleh lebih 90,000 ahli terdiri dari jurutera, eksekutif perniagaan, pengajar dan pelajar dari lebih 97 negara diseluruh dunia - bagi berkongsi maklumat dan bertukar idea untuk memajukan kejuruteraan dan sistem mobiliti. Persatuan ini menentukan standard-standard dalam industri mobiliti termasuklah tahap kelikatan (viscosity) minyak pelincir kenderaan yang dikenali sebagai SAE Viscosity Standard, SAE J300.
Pada awalnya hanya dua gred minyak pelincir yang ada iatu gred “heavy” (pekat) untuk penggunaan di musim panas dan gred “light” (cair) untuk musim sejuk.Pada tahun 1926, hanya 6 gred yang terdapat dalam SAE J300 iaitu SAE 10, 20, 30, 40, 50 dan 60 yang diukur kelikatannya pada suhu 1300 F (54.40 C) dan 2100 F (98.90 C). Pengguna biasanya akan menggunakan minyak yang cair seperti SAE 10 pada musim sejuk dan ianya perlu tukar kepada minyak yang lebih pekat seperti SAE 40 sebelum musim panas. Seterusnya beberapa perkembangan telah dicipta termasuk penciptaan minyak pelincir “additive” yang sesuai untuk semua musim dan dikenali sebagai “multi-grade” seperti SAE 15W-50.
API adalah singkatan kepada American Petroleum Institute - Badan menentukan kualiti minyak pelincir bagi kenderaan petrol dan diesel. Minyak pelincir yang mendapat persijilan API adalah memenuhi keperluan spesifikasi bagi industri minyak pelincir antarabangsa dan pengeluar kenderaan serta pengeluar enjin kenderaan antarabangsa. Lebih 500 syarikat diseluruh dunia menjadi ahli kepada badan ini bagi program persampelan dan pengujian minyak pelincir.
ILSAC adalah singkatan kepada International Standardization and Approval Committee - Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pengeluar kereta dari US dan Jepun bagi menentukan standard perlindungan enjin dan penggunaan minyak yang ekonomi. Hampir kesemua pengeluar kereta diseluruh dunia mengesyorkan minyak pelincir yang memenuhi kreteria API dan juga ILSAC.
S (Service) adalah ketegori minyak pelincir yang mendapat persijilan API untuk kenderaan petrol dan dikategorikan mengikut abjad seperti SG, SJ, SL dan seterusnya. Kategori SM adalah antara kategori yang terbaru (dilancarkan pada tahun 2004).
C (Commercial) adalah kategori minyak pelincir untuk kenderaan diesel, juga dikategorikan mengikut abjad. Kategori CI-4 adalah kategori yang terkini (dilancarkan pada tahun 2002) dan memenuhi keperluan pengeluaran asap (ekzos) tahun 2004.
copies from Devotees of Daihatsu Club..hehehe
soo...ape minyak pelincir korang??and ape minyak pelincir terbaek??...
aku pakai minyak pelincir HI-REV...
huhuhu ;D ;D