|
Post by eros660T on Jan 8, 2008 22:13:01 GMT 7
owh...ye ke?...da mcm EFi je bunyinyer...
kete abam red camner?...cite la sket...apa2 pun bole...
|
|
|
Post by red™ on Jan 9, 2008 10:27:38 GMT 7
cite Pak pandir moden nak ?? ;D
|
|
|
Post by sat8623 on Jan 9, 2008 18:28:27 GMT 7
tp kan...mmg byk kali la kene crank...
kekdg smpai give up...tumpang kete membe sudeyyy...
dh tukar stater, but x gak setle2....huhuhuuu...
newbieskompius...!!!~~
|
|
|
Post by eros660T on Jan 9, 2008 20:48:52 GMT 7
seperti yang abam red katakan...try tuko spark plug...senang cite anta servis tros la...tuko minyak itam ngan tuko plug je sudey...
|
|
|
Post by sat8623 on Jan 10, 2008 7:26:47 GMT 7
ok2...
arahan diterime...
time kaseh erosss...!!!~~~
|
|
|
Post by dcruz on Jan 10, 2008 12:38:35 GMT 7
engine kaburator atau injection?
kalau kaburator? try tekan padel minyak dulu pas tu lepaskan minyak sebelum start. pastu on kinci and start ..kalau terus start mungkin autochoke dia..
kalau nak tau starter nak kong, dia rasa berat nak start macam terbatuk-batuk..kalau nak cam tu try masuk gear satu dan tolak kereta depan dan belakang..pas tu neutral kan balik...try start balik..kalau terus start maksudnya starter dah nak kong...
selamat mencuba...
|
|
|
Post by kizizimomei on Jan 10, 2008 14:29:49 GMT 7
klu injection???
|
|
|
Post by eros660T on Jan 10, 2008 23:43:55 GMT 7
autochoke kt carb aku tuh mmg dah takleh pakai dah...kene main2 minyak...pastu ok dah...
|
|
unnamed
Junior Member
Perodua Kancil L502 Era Auto Turbo
Posts: 82
|
Post by unnamed on Jan 15, 2008 11:02:13 GMT 7
huhu yeke..baru gue tau..dah ok
|
|
|
Post by red™ on Jan 15, 2008 11:25:48 GMT 7
ok dah? tukar apa dia jadi ok?
|
|
unnamed
Junior Member
Perodua Kancil L502 Era Auto Turbo
Posts: 82
|
Post by unnamed on Jan 15, 2008 23:26:51 GMT 7
gue charge battery, tukar plug, cuci kaburator (btul ke aku eja), kasik timing baik punye
|
|
|
Post by dcruz on Jan 16, 2008 8:08:49 GMT 7
tak de yang rosak le..cuma kena adjust dan cuci balik component je... nasib baik....
|
|
|
Post by sat8623 on Jan 16, 2008 8:38:14 GMT 7
sy punyer pon dh okies...
huhuhuu...
wayering prob...!!!~~~
|
|
|
Post by Gruando on Feb 6, 2008 15:04:11 GMT 7
hmm...biasa la...enjin sejuk...timing pendek...so klu nk start tu pam minyk dlm 2@3 kali..jgn lebih...nnti lagi susah start....dlu aku dh terkena...terpakse naik moto...
|
|
|
Post by topsecret on Feb 16, 2008 16:54:13 GMT 7
1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar. Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.
2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.
Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.
Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.
Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.
Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki.
|
|